ENAKMEN 11 TAHUN 2013
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 2013

BAHAGIAN III - KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN KESUCIAN AGAMA ISLAM DAN INSTITUSINYA



Seksyen 23. Anggapan

Mana-mana orang yang dengan melanggar seksyen 22 telah menjual kepada mana-mana orang Islam apa-apa makanan, minuman atau rokok atas sifatnya sebagai orang gaji, maka majikannya hendaklah dianggap telah bersubahat melakukan kesalahan itu melainkan dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah berlaku dengan tiada kebenarannya, pengetahuannya atau izinnya dan dia telah mengambil segala langkah yang munasabah untuk mengelakkan berlakunya kesalahan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.