ENAKMEN 11 TAHUN 2013
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 2013

BAHAGIAN III - KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN KESUCIAN AGAMA ISLAM DAN INSTITUSINYA



Seksyen 27. Minuman yang memabukkan

(1)Mana-mana orang yang, di mana-mana kedai atau tempat awam lain, meminum apa-apa minuman yang memabukkan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

(2)Mana-mana orang yang menjual atau membeli atau menyebabkan seseorang lain meminum apa-apa minuman yang memabukkan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.