Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN V - MASJID



Seksyen 109. Majlis menjadi pemegang amanah.

Dengan tiada menghiraukan apa2 sharat yang berlawanan di-dalam surat kuasa yang bertulis Majlis ini sahaja berhak menjadi pemegang amanah semua masjid di-dalam Negeri ini. Tiap2 masjid itu dengan harta-nya yang tiada boleh di-ubah di-tempat Masjid itu terdiri atau harta yang di-punyai-nya dan di-gunakan bagi Masjid itu, yang lain daripada tanah Kerajaan atau tanah yang di-simpan khas bagi faedah umum, hendak-Iah, apabila telah di-daftarkan mengikut Undang2 Tanah dan dengan tiada payah dengan surat tukar milek, beri dan tukar, terserah kapada Majlis mengikut tujuan2 Undang2 ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.