Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN VI - NIKAH, CHERAI DAN RUJO'



Seksyen 118. Pendaftar Nikah, Cherai dan Rujo'.

(1) Boleh-Iah Duli Yang Maha Mulia Sultan melantek mana2 orang yang layak dan munasabah menjadi Pendaftar Nikah, Cherai dan Rujo' orang2 Islam bagi mana2 tempat.

(2) Maka Kadhi Besar dan tiap2 Kadhi hendak-Iah menjadi Pendaftar2 Nikah, Cherai dan Rujo' orang2 Islam yang berjawatan bagi kesemua kawasan yang di-dalam-nya mereka itu mempunyai: kuasa di-dalam perkara2 jinayah dan mal.

(3) Naib Kadhi bagi tiap2 kawasan yang telah di-Iantek oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan hendak-Iah menjadl Pendaftar Nikah, Cherai dan Rujo' orang2 Islam berjawatan di-dalam kawasan mereka itu di-Iantek.

(4) Maka Pendaftar2 Nikah, Cherai dan Rujo' orang2 Islam hendak-Iah berkuasa dan mempunyai hak2 pada-nya dan menjalankan kewajipan2 yang boleh di-beri atau diletakkan-nya ka-atas-nya oleh Undang2 ini atau mana2 peratoran
yang di-perbuat di-bawah-nya.

(5) Pendaftar2 Nikah, Cherai dan Rujo' orang2 Islam hendak-Iah di-sifatkan rnenjadi kaki-tangan Kerajaan mengikut bagaimana yang di-rna'anakan di-dalam Undang2 Jinayah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.