ENAKMEN 19 TAHUN 2014
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (KEDAH DARUL AMAN) 2014

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
Bab 2 – Qarinah - Am



Seksyen 15. Fakta berkenaan dengan soal sama ada perbuatan dilakukan dengan tidak sengaja atau dengan sengaja

Apabila terdapat soal sama ada apa-apa perbuatan telah dilakukan dengan tidak sengaja atau dengan sengaja atau dilakukan dengan pengetahuan atau niat tertentu, maka fakta bahawa perbuatan itu menjadi sebahagian daripada siri kejadian yang serupa, dan orang yang melakukan perbuatan itu terlibat dalam setiap kejadian itu, adalah qarinah.
MISALAN

A telah diambil kerja untuk menerima fitrah sebagai amil daripada orang ramai. Adalah menjadi kewajipan A untuk membuat catatan dalam suatu buku bagi menunjukkan amaun wang yang telah diterimanya. Dia membuat suatu catatan yang menunjukkan bahawa pada suatu masa tertentu dia telah menerima kurang daripada yang sebenar diterima olehnya.

Soalnya ialah sama ada catatan palsu ini telah dibuat dengan tidak sengaja atau sengaja.

Fakta bahawa catatan lain yang dibuat oleh A dalam buku yang sama ialah palsu dan bahawa setiap satu catatan palsu itu adalah untuk faedah A, adalah qarinah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.