ORDINAN 42 TAHUN 2001
ORDINAN MAHKAMAH SYARIAH, 2001
BAHAGIAN II - MAHKAMAH SYARIAH
Penubuhan dan Bidang Kuasa
Seksyen 6. Pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.
(1) Yang di-Pertua Negeri boleh, atas syor Majlis, melantik Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.
(2) Seseorang layak dilantik di bawah subseksyen (1) jika -
(
a
) dia seorang warganegara; dan
(
b
) dia -
(i) selama tempoh tidak kurang daripada sepuluh tahun sebelum perlantikannya, telah memegang jawatan Hakim Mahkamah Rendah Syariah atau Kadi atau Ketua Pendaftar atau Pendaftar Ketua Pendakwa Syarie Pendakwa Syarie sesuatu Negeri atau pada suatu masa memegang mana-mana satu daripada jawatan itu dan pada masa yang lain memegang mana-mana jawatan yang lain pula; atau
(ii) seorang yang arif tentang Undang-Undang Islam.
(3) Orang yang, sebelum sahaja seksyen ini mula berkuat kuasa, telah dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di bawah Ordinandimansuhkan dan melaksanakan fungsi-fungsi kehakiman hendaklah, apabila seksyen ini mula berkuat kuasa, terus memegang jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah seolah-olah dia telah dilantik di bawah subseksyen (1).
(4) Tiap-tiap pelantikan yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan dalam
Warta.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.