ENAKMEN 13 TAHUN 2015
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH (II) 1993 (2015)

BAHAGIAN VII - MAHKAMAH



Seksyen 64. Mahkamah Bicara Syariah Khas dan Mahkamah Rayuan Syariah Khas adalah tambahan kepada Mahkamah-Mahkamah Syariah

Mahkamah-mahkamah yang ditubuhkan di bawah seksyen 63 adalah tambahan kepada Mahkamah-mahkamah Syariah yang ditubuhkan di bawah Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982, dan peruntukan-peruntukan Enakmen yang tersebut dalam perkara-perkara yang berkaitan hendaklah terpakai kepada perkara-perkara mengenai Mahkamah-mahkamah di bawah Kanun ini, melainkan peruntukan-peruntukan itu bercanggah dengan Kanun ini, atau tidak dimaksudkan oleh peruntukan-peruntukan Kanun ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.