ENAKMEN 15 TAHUN 2015
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SELANGOR) 2015

BAHAGIAN VI - MAWQUF ‘ALAIH



Seksyen 30. Ketiadaan mawquf ‘alaih

(1) Perbadanan hendaklah mendapatkan keputusan Jawatankuasa Fatwa jika-

(2) Peruntukan subseksyen (1) hendaklah juga terpakai bagi apa-apa manfaat, kepentingan atau keuntungan mana-mana mawquf ‘alaih yang disebut dalam subseksyen (1).

(3) Mawquf ‘alaih tidak berhak ke atas apa-apa manfaat, kepentingan atau keuntungan mawquf itu sebelum keputusan Jawatankuasa Fatwa di bawah subseksyen (2) diperoleh.

(4) Bagi maksud perenggan 1(d) dan subseksyen (3), seorang mawquf ‘alaih boleh memohon satu perintah mahkamah bagi mendapatkan haknya ke atas mawquf tersebut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.