Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

PERATORAN DI-DALAM PERBICHARAAN JINAYAH



Seksyen 65. Jaminan dan Tahanan.

(1) Apabila sa-saorang yang di-tudoh di-bawa kadalam Mahkamah maka Mahkamah itu boleh membicharakan tudohan di-atas orang itu atau menanggohkan atau menunda perbicharaan itu dengan sharat2 yang di-fikirkannya patut bagi sa-lama. masa yang di-fikirkan-nya berpatutan dan boleh juga membenarkan jaminan kapada orang yang di-tudoh itu. J aminan itu boleh di-ambil dengan wang tunai at au dengan surat janji (bond) dengan chagaran atau tidak berchagaran. Pada masa mengeluarkan waran bagi menangkap, Mahkamah itu boleh-lah memberi kuasa kapada Polis untok membenarkan jaminan dengan sharat2 yang di-tentukan oleh Mahkamah.

(2) Jika perbicharaan di-atas tudohan kapada sa-saorang yang di-tudoh itu di-tanggohkan atau di-tunda, maka orang itu hendak-lah di-tahan dengan waran di-keluarkan oleh Mahkamah itu atau di-tahan di-dalam penjara sampai masa perbicharaan melainkan dengan jaminan.

(3) Mana2 Mahkamah tiada boleh menahan sa-saorang, yang di-tudoh pada satu masa lebeh daripada tujoh hari.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.