ENAKMEN 3 TAHUN 2005
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2005
BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN
Seksyen 45. Takat kuasa untuk membuat sesuatu perintah
Kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya dengan nyata, tiada apa-apa jua dalam Enakmen ini membolehkan Mahkamah membuat sesuatu perintah perceraian atau perintah mengenai perceraian atau membenarkan seseorang suami melafazkan talaq kecuali—
(a)
jika perkahwinan itu telah didaftarkan atau disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Enakmen ini; atau
(b)
jika perkahwinan itu telah dilangsungkan mengikut Hukum Syarak; dan
(c)
jika permastautin salah satu pihak kepada perkahwinan pada masa permohonan itu diserahkan adalah dalam Negeri Pahang.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.