ENAKMEN 19 TAHUN 2014
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (KEDAH DARUL AMAN) 2014

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
Bila Pendapat Orang Ketiga menjadi Qarinah



Seksyen 36. Bila pendapat tentang kewujudan hak atau ‘urf adalah qarinah

Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang kewujudan apa-apa hak atau ‘urf, maka pendapat tentang kewujudan hak atau ‘urf itu daripada orang yang mungkin tahu mengenai kewujudan hak atau ‘urf itu, jika ia wujud, adalah qarinah.

Huraian - Ungkapan “hak atau ‘urf ” termasuklah hak atau ‘urf yang umum bagi sebilangan besar golongan orang itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.