Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN IX - KESALAHAN2



Seksyen 173. Menchercha Ugama.

Barang siapa dengan perkataan atau bertulis atau dengan kelakuan yang nyata menchercha atau membawa kapada mempersenda2kan atau chuba menchercha Ugama Islam atau perjalanan mana2 mazhab yang empat ia-itu, Shafi'i, Maliki, Hanafi dan Hambali atau ajaran mana2 guru ugama yang bertauliah atau mana2 fatwa yang di-keluarkan dengan sah oleh Yang di-Pertua atau di-bawah mana2 sharat Undang2 ini boleh-Iah di-hukum penjara sa-lama tiada lebeh daripada enam bulan atau denda tidak lebeh daripada lima ratus ringgit.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.