ENAKMEN 13 TAHUN 2015
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH (II) 1993 (2015)

BAHAGIAN III - KETERANGAN



Seksyen 41. Syarat menjadi saksi

(1) Tiap-tiap saksi yang memberi syahadah hendaklah terdiri daripada seorang lelaki Islam yang aqil baligh dan adil.

(2) Seseorang itu adalah dianggap adil jika dia menunaikan apaapa yang disuruh oleh Islam dan menjauhi daripada dosa-dosa besar serta tidak mengekalkan dosa-dosa kecil dan juga menjaga al-muruah iaitu menjaga maruah diri.

(3) Seseorang itu adalah dianggap adil, sehingga dibuktikan sebaliknya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.