Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN IX - KESALAHAN2



Seksyen 157. Persetubohan yang haram di-antara orang2 yang bercherai.

(1) Sa-saorang, sa-telah sah mencheraikan isteri-nya berbalek bersekedudokan sa-mula sa-bagai suami isteri dengan tidak melafadzkan rujo' yang sah boleh di-hukum dengan penjara sa-lama tidak lebeh daripada enam bulan atau dengan denda tidak lebeh daripada lima ratus ringgit atau kedua2-nya sa-kali denda dan penjara, atau jika isterinya pada masa berbalek bersekedudokan sa-mula sa-bagai suami isteri itu tidak tahu akan berlaku-nya percheraian itu, dengan penjara sa-lama tidak lebeh daripada satu tahun.

(2) Mana2 perempuan yang bershubahat di-atas kesalahan yang boleh di-hukum di-bawah fasal kechil (1) dalam fasal ini boleh-Iah di-hukum dengan penjara sa-lama tiada lebeh daripada enam bulan atau dengan denda tiada lebeh daripada lima ratus ringgit atau kedua2-nya sa-kali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.