ENAKMEN 11 TAHUN 1998
ENAKMEN PERBADANAN BAITULMAL 1998
BAHAGIAN V - TUGAS DAN KUASA SPESIFIK PENGURUS BESAR
Seksyen 28. Pengurusan wang Zakat dan Fitrah.
(1) Pengurus Besar hendaklah menguruskan semua perkara berhubung dengan pengurusan wang zakat dan fitrah yang dibayar kepada Baitulmal, pelaburan, perbelanjaan, bantuan, pertolongan dan pengagihannya.
(2) Pengurus Besar boleh melantik wakil-wakil untuk tujuan perlaksanaan tugas yang diperuntukkan dalam subsekyen (1).
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.