ENAKMEN 11 TAHUN 1998
ENAKMEN PERBADANAN BAITULMAL 1998
BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN PELBAGAI
Seksyen 36. Kuasa membuat peraturan.
Menteri boleh, atas nasihat Majlis, membuat kaeadah-kaedah-
(a) berhubung dengan apa-apa perkara yang berkaitan dengan penubuhan subsidiari Perbadanan di bawah seksyen 12 dan berkaitan dengan mana subsidiari Perbadanan yang ditubuhkan sedemikian;
(b) menetapkan cara bagaimana dokumen, cek dan apa jua jenis suratcara patut ditandatangani atau disempurnakan bagi pihak Perbadanan atau mana-mana subsidiari Perbadanan;
(c) menetapkan tanggungjawab dan tugas-tugas mana-mana pegawai dan pengkhidmat Perbadanan;
(d) menetapkan fee untuk dicaj dan borang untuk digunakan dalam melaksanakan peruntukan Enakmen ini;
(e) berkenaan dengan membuka, menyimpan, menutup dan mengaudit akaun subsidiari Perbadanan;
(f) berhubung dengan apa-apa perkara sebagaimana yang dibenarkan di bawah apa-apa peruntukan Enakmen ini; dan
(g) pada amnya untuk menjalankan dengan berkesan peruntukan Enakmen ini dan fungsi Perbadanan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.