Enakmen 5 Tahun 2008
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008
BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN
Seksyen 12. Penamatan pelantikan
Pelantikan seseorang anggota Majlis yang dilantik hendaklah tamat—
(a) apabila dia meninggal dunia;
(b) jika dia, dengan surat yang dialamatkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan, melalui Yang Dipertua, meletakkan jawatannya; atau
(c) jika dia tidak ada di Negeri ini, tanpa memaklumkan kepada Majlis, selama tempoh melebihi tiga bulan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.