Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN IV - KEWANGAN AMANAH KHAIRAT
BAITULMAL



Seksyen 92. Penubohan Baitul-Mal.

(1) Satu Kumpulan Wang yang akan di-namakan Baitul-Mal hendak-lah di-tubohkan. Melainkan sa-bagaimana yang di-sharatkan dengan jalan yang lain menurut sharat2 daripada Undang2 ini, kumpulan wang itu hendaklah mengandongi semua wang dan harta, yang boleh diubah atau tiada, yang mengikut Hukum Shara' atau menurut sharat2 daripada Undang2 ini atau peratoran2 yang di-buat di-bawah-nya ad a terkumpul atau di-dermakan oleh sa-saorang at au boleh di-bayar kapada Kumpulan Wang itu.

(2) Semua zakat dan fitrah yang di-pungut mengikut Bahagian ini hendak-Iah di-bayar ka-dalam Kumpulan Wang itu tetapi hendak-Iah di-kirakan di-dalam kira2 yang berasingan di-dalam Kumpulan Wang itu.

(3) Semua wang dan harta di-dalam Baitul-Mal hendaklah di-serahkan kapada Majlis, dan Majlis hendak-Iah mentadbirkan semua wang dan harta itu mengikut peratoran yang di-buat di-bawah Undang2 ini:

Dengan sharat bahawa sa-suatu penanaman modal (investment) bagi harta benda dan kumpulan2 wang yang terserah kapada Majlis itu boleh di-jual, di-tuntut dan di-pisahkan, dan kesemua-nya dan pendapatan daripadanya boleh di-tanam modal dari satu masa ka-satu masa di-dalam sa-suatu penanaman modal yang di-beri kuasa oleh sa-suatu undang2 yang bertulis yang berjalan kuat kuasa-nya bagi semen tara ini untok penanaman modal kumpulan2 wang amanah.

(4) Tersharat kapada sharat2 daripada Undang2 ini Majlis, dengan persetujuan Duli Yang Maha Mulia, boleh membuat peratoran2 kerana pungutan, pentadbiran dan pembahagian semua harta kumpulan Baitul-Mal.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.