Enakmen 5 Tahun 2008
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN



Seksyen 26. Tindakan dalam hal yang perlu disegerakan

(1) Dalam apa-apa hal yang perlu disegerakan, Yang Dipertua boleh, mengarahkan Setiausaha supaya melakukan bagi pihak Majlis apa-apa tindakan atau perkara yang boleh dilakukan dengan sah melalui ketetapan Majlis.

(2) Jika apa-apa tindakan atau perkara dilakukan menurut subseksyen (1), suatu mesyuarat Majlis hendaklah diadakan dalam masa tujuh hari selepas itu bagi maksud meratifikasikan dan mengesahkan tindakan atau perkara yang dilakukan itu; dan jika Majlis enggan meratifikasikan dan mengesahkan tindakan atau perkara yang dilakukan itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh memberikan apa-apa perintah berkenaan dengannya sebagaimana yang difikirkannya patut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.