ENAKMEN 19 TAHUN 2014
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (KEDAH DARUL AMAN) 2014

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
Iqrar



Seksyen 18. Kebolehterimaan iqrar

(1) Iqrar yang berikut tidak boleh diterima:

(2) Iqrar yang dibuat oleh seseorang orang belum dewasa yang mumaiyiz yang telah dibenarkan oleh wali atau penjaganya untuk menjalankan apa-apa perniagaan atau urusan boleh diterima setakat yang iqrar itu adalah berhubungan dengan perniagaan atau urusan itu.

(3) Pihak yang mendapat faedah daripada sesuatu iqrar tidaklah semestinya seorang yang ‘aqil baligh.

Huraian-Jika orang yang membuat iqrar menyatakan bahawa barang atau harta adalah bagi faedah orang belum dewasa yang belum mumaiyiz, iqrarnya boleh diterima dan orang yang membuat iqrar itu adalah terikat pernyataannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.