ENAKMEN 13 TAHUN 2015
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH (II) 1993 (2015)

BAHAGIAN V - AM



Seksyen 56. Persubahatan dan komplot

Jika suatu kesalahan itu dilakukan sebagai hasil daripada atau kerana menurut persubahatan, pertolongan, komplot atau rancangan jahat, maka tiap-tiap orang yang bersubahat, menolong, mengambil bahagian dalam komplot atau rancangan jahat untuk melakukan kesalahan itu adalah bersalah melakukan kesalahan itu dan hendaklah dihukum dengan hukuman penjara sebagai hukuman takzir selama tempoh yang tidak lebih daripada sepuluh tahun.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.