ENAKMEN 7 TAHUN 2006
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2006

BAHAGIAN X - AM



Seksyen 136. Pemansuhan

(1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Keluarga Islam 1991 [En. Ps. 4/1992] adalah dengan ini dimansuhkan:

Dengan syarat bahawa segala perbicaraan yang telah dimulakan di bawah Enakmen yang dimansuhkan hendaklah berterusan seolah-olah Enakmen ini belum diluluskan.

(2) Pemansuhan ini tidak menyentuh perjalanan Enakmen yang dimansuhkan terdahulu atau apa-apa· perkara yang dilakukan atau tertanggung di bawahnya atau apa-apa hak keistimewaan, kewajipan atau liabi1iti yang diperolehi, terakru atau berlaku di bawahnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.