Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965
BAHAGIAN Ill
MAHKAMAH2 SHAR'IAH
Seksyen 45. Had kuasa Mahkamah dan kuasa Kadhi Besar dan Kadhi.
(1) Mahkamah Kadhi Besar hendak-lah berkuasa di-dalam seluroh Negeri dan hendak-lah di-ketuai oleh Kadhi Besar.
(2) Terta'alok kapada sharat2 di-dalam Undang2 ini Mahkamah Kadhi hendak-Iah berkuasa di-atas perkara mal atau jinayah atau lain2 jenis perkara yang di-sebutkan lepas ini kelak yang timbul di-dalam lengkongan had2 kuasa yang di-benarkan mengikut yang tersebut di-dalam fasal yang sudah, at au pun, jika had itu tiada di-sebutkan, di-dalam Negeri ini, dan hendak-Iah di-ketuai oleh Kadhi yang dilantek bagi-nya.
(3) Mahkamah Kadhi Besar hendak-Iah:
(a) di-dalam kuasa jinayah-nya membicharakan mana2 kesalahan yang di-Iakukan oleh orang Islam yang boleh di-hukum di-bawah Undang2 ini dan boleh menjatohkan hukuman yang di-tentukan bagi kesalahan itu;
(b) di-dalam kuasa mal-nya, membicharakan, dan memutuskan segala perbicharaan, jika kedua pehak yang di-bicharakan itu berugama Islam, yang berkenaan dengan--
(i) pertunangan, nikah, cherai, membatalkan nikah atau percheraian mengikut Hukum Mahkamah (farak);
(ii) memberikan harta benda, at au tuntutan di-atas harta yang berbangkit daripada perkara2 yang tersebut di-dalam pechahan kechi! (i) bagi pechahan ini;
(iii) nafkah orang di-bawah tanggongan, anak yang sah, penjaga kanak2 atau pemeliharaan kanak2;
(iv) menentukan orang2 yang boleh mendapat harta pusaka si-mati dan bahagian-nya mengikut Hukum Shara';
(v) wasiat atau pemberian di-masa hendak mati yang di-buat oleh si-mati yang berugama Islam;
(vi) pemberian2 sa-masa hidup atau penyelesaian yang di-perbuat yang tiada bersharat bayaran yang tunai atau benda yang berharga oleh sa-saorang yang berugama Islam;
(vii) wakaf atau nazar; atau
(viii) lain2 perkara yang di-beri kuasa tadbir kapada-nya oleh mana2 undang2 yang berkanun:
Dengan sharat Mahkamah Kadhi Besar tidaklah lazim-nya membicharakan mana2 kesalahan atau memutuskan apa2 pemeicharaan yang boleh di-bicharakan oleh Mahkamah Kadhi.
(4) Mahkamah Kadhi hendak-Iah:
(a) dalam kuasa tadbir jinayah-nya, membicharakan apa2 kesalahan yang di-Iakukan oleh orang yang boleh di-hukum di-bawah Undang2 ini tetapi sa-tinggi2 hukum yang di-tentukan oleh Undang2 di-atas kesalahan itu ia-lah tiada berlebeh daripada sa-bulan penjara atau denda yang tiada lebeh daripada sa-ratus ringgit atau kedua-nya dan boleh menjatohkan hukum yang demikian itu;
(b) di-dalam kuasa tadbir mal-nya membicharakan dan memutuskan segala pembicharaan di-atas segala perkara sa-bagaimana yang di-kuasakan kapada Mahkamah Kadhi Besar membicharakan dan memutuskan-nya. Tetapi hanya tuntutan yang di-bicharakan itu tiada boleh lebeh daripada sa-ribu ringgit atau tiada boleh di-nilai atau di-harga dengan wang.
(5) Keputusan atau hukuman Mahkamah Kadhi Besar atau Kadhi tiada-Iah boleh mengenai' hak milek orang2 yang bukan berugama Islam.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.