ENAKMEN 12
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (PENGESAHAN) 2007


Seksyen 2. Pengesahan

Segala perbuatan dan benda yang telah dilakukan atau yang berupa sebagai telah dilakukan oleh Hakim Syariah, Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam; Pendakwa Syarie, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, Wali Raja dan oleh mana-mana orang atau badan lain menurut atau di bawah Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Keluarga Islam 1991 [En. 4/1992] semasa tempoh dari 24 September 1992 sehingga 8 November 2006, iaitu tarikh sebelum tarikh yang ditetapkan bagi permulaan kuat kuasa Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Keluarga Islam 1991 hendaklah disifatkan telah dilakukan dengan sah dan menurut undang-undang.

Diluluskan di dalam Dewan Undangan Negeri pada 5 April 2007.

[SUK(Ps.) 05/312]

NORAZLAN BIN YAHAYA
Setiausaha Dewan Undangan Negeri
Perlis




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.