Enakmen 5 Tahun 2008
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN IV - KEWANGAN
Wakaf, Nazr dan Amanah



Seksyen 53. Peletakan harta wakaf, nazr dan amanah pada Majlis

Semua harta yang tertakluk kepada seksyen 52 hendaklah tanpa apa-apa pindah hak, serah hak atau pindah hakmilik, dan, dalam hal harta tak alih sebaik sahaja didaftarkan di bawah undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah, terletak hak pada Majlis, bagi maksud wakaf, nazr ‘am atau amanah yang menyentuh harta itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.