ENAKMEN 13 TAHUN 2015
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH (II) 1993 (2015)

BAHAGIAN II - QISAS



Seksyen 28. Kemaafan

Seseorang wali boleh pada bila-bila masa sebelum hukuman bunuh sebagai hukuman qisas dijalankan, memaafkan pesalah itu sama ada dengan membayar diyat atau tidak; dan sekiranya kemaafan itu diberi dengan bayaran diyat, maka diyat itu hendaklah dibayar sekali gus atau dengan beransur-ansur dalam tempoh tiga tahun mulai daripada tarikh keputusan yang terakhir dan sekiranya dalam tempoh itu pesalah itu mati, maka diyat itu hendaklah dibayar daripada pusakanya. Jika pesalah tiada pusaka, maka diyat akan ditanggung oleh Baitulmal.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.