ENAKMEN 19 TAHUN 2014
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (KEDAH DARUL AMAN) 2014
BAHAGIAN I - KERELEVANAN
Bab 2 – Qarinah - Am
Seksyen 13. Fakta yang menjadi qarinah apabila hak atau ‘urf dipersoalkan
Jika soalnya ialah tentang kewujudan apa-apa hak atau ‘urf maka fakta yang berikut adalah qarinah:
(a) apa-apa transaksi yang dengannya hak atau ‘urf yang dipersoalkan itu telah diwujudkan, dituntut, diubahsuaikan, diiktirafkan, ditegaskan atau dinafikan atau yang tidak konsisten dengan kewujudan hak atau ‘urf itu;
(b) hal-hal tertentu dalamnya hak atau ‘urf itu telah dituntut, diiktirafkan atau digunakan atau dalamnya penggunaan hak atau ‘urf itu telah dipertikaikan, ditegaskan atau tidak diikuti.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.