ENAKMEN 9 TAHUN 2015
ENAKMEN WAKAF (PERAK) 2015

BAHAGIAN IX - KEWANGAN



Seksyen 37. Akaun dan audit

(1) Majlis hendaklah menyimpan atau hendaklah menyebabkan disimpan akaun-akaun dan rekod-rekod lain yang sempurna mengenai perjalanan operasinya mengikut prinsip-prinsip perakaunan yang diakui umum dan hendaklah menyebabkan disediakan penyata bagi akaun-akaunnya bagi tiap-tiap satu tahun kewangan dalam tempoh enam bulan selepas berakhirnya tahun kewangan itu.

(2) Akaun-akaun Majlis hendaklah diaudit setiap tahun oleh seorang juruaudit yang dilantik oleh Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.