ORDINAN 42 TAHUN 2001
ORDINAN MAHKAMAH SYARIAH, 2001
BAHAGIAN II - MAHKAMAH SYARIAH
Penubuhan dan Bidang Kuasa
Seksyen 5. Pelantikan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah.
(1) Yang di-Pertua Negeri boleh, atas syor Majlis, melantik tidak lebih daripada tujuh orang Islam untuk membentuk suatu panel tetap Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Syariah.
(2) Seseorang layak dilantik di bawah subseksyen (1) jika -
(
a
) dia seorang warganegara; dan
(
b
) dia -
(i) selama tempoh tidak kurang daripada sepuluh tahun sebelum perlantikannya, telah memegang jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau Kadi atau Ketua Pendaftar atau Ketua Pendakwa Syarie sesuatu Negeri atau pada suatu masa memegang mana-mana satu daripada jawatan itu dan pada masa yang lain memegang mana-mana jawatan yang lain pula; atau
(ii) seorang yang arif tentang Undang-Undang Islam.
(3) Panel tetap di bawah subseksyen (1) hendaklah selama tempoh tiga tahun dan mana-mana orang yang dilantik menganggotainya hendaklah layak dilantik semula.
(4) Tiap-tiap pelantikan yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan dalam
Warta.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.