ENAKMEN 11 TAHUN 1998
ENAKMEN PERBADANAN BAITULMAL 1998
BAHAGIAN II - PERBADANAN BAITULMAL
Seksyen 9. Fungsi Perbadanan.
Adalah menjadi fungsi Perbadanan -
(a) mengumpul dan mentadbir wang atau harta alih atau harta tak alih mengikut -
(i) peruntukan Enakmen ini; dan
(ii) Hukum Syarak; dan
(b) bertanggungjawab terhadap pentadbiran segala urusan berhubung dengan harta wakaf dan nazar.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.