ENAKMEN 6 TAHUN 2008
ENAKMEN MUFTI DAN FATWA (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN III - JAWATANKUASA FATWA



Seksyen 24. Fatwa yang ada hubungan dengan kepentingan nasional

(1) Walau apapun kuasa Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 19, apabila Jawatankuasa Fatwa mendapati bahawa suatu fatwa yang dicadangkan dibuat adalah berkaitan dengan perkara-perkara yang menyentuh kepentingan nasional, Jawatankuasa Fatwa hendaklah menangguhkan perbincangannya tentang fatwa yang dicadangkan itu dan Mufti hendaklah menyembah maklum perkara itu kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan.

(2) Walau apapun peruntukan subseksyen (1), suatu fatwa adalah dianggap berkaitan dengan perkara-perkara yang menyentuh kepentingan nasional jika persoalan itu ada hubungan dengan apa-apa perkara, dasar, program atau aktiviti yang secara langsung menyentuh kepentingan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau mana-mana jabatan atau agensinya.

(3) Jika Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan memberikan perkenannya di bawah subseksyen (1), Mufti hendaklah, sebelum fatwa itu dirujukkan kepada Jawatankuasa Fatwa, memaklumkan kepada Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman tentang rujukan itu.

(4) Sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertakan dengan pernyataan bahawa fatwa itu dibuat di bawah seksyen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.