ENAKMEN 13 TAHUN 2015
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH (II) 1993 (2015)
BAHAGIAN II - QISAS
Seksyen 38. Akibat apabila hukuman qisas tidak dikenakan
Apabila hukuman
qisas
tidak dikenakan-
(a) tempoh hukuman penjara sebagai hukuman
takzir
kerana melakukan
itlaf-al-udhw
dan
itlaf-solahiyyatu-al-udhw
adalah tidak melebihi sepuluh tahun dan
arsy
yang akan dikenakan bayarannya kerana melakukan kecederaan itu hendaklah sebagaimana yang ditentukan dalam Jadual II;
(b) tempoh hukuman penjara sebagai hukuman
takzir
dan
arsy
yang akan dikenakan bayarannya kerana melakukan
syajjah
hendaklah sebagaimana yang ditentukan dalam Jadual III; dan
(c) tempoh hukuman penjara sebagai hukuman
takzir
dan
arsy
yang akan dikenakan bayarannya kerana melakukan
jurh
hendaklah seperti yang ditentukan dalam Jadual IV.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.