ENAKMEN 19 TAHUN 2014
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (KEDAH DARUL AMAN) 2014

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGA
Bab 3 - Pemeriksaan saksi



Seksyen 118. Kuasa Hakim untuk mengemukakan soalan atau memerintahkan pengemukaan

Hakim boleh, untuk mengetahui atau mendapatkan bukti wajar mengenai fakta relevan, tanya apa-apa soalan yang dihasratinya dalam apa-apa bentuk, pada bila-bila masa kepada mana-mana saksi atau pihak, mengenai apa-apa fakta sama ada relevan atau tidak relevan dan boleh memerintahkan supaya dikemukakan apa-apa dokumen atau benda dan mana-mana pihak atau ejen mereka tidak berhak membuat apa-apa bantahan terhadap mana-mana soalan atau perintah sedemikian, atau tanpa kebenaran Mahkamah, memeriksa balas mana-mana saksi atas apa-apa jawapan yang diberikan dalam menjawab mana-mana soalan itu.

Dengan syarat bahawa penghakiman itu mestilah berasaskan fakta yang ditetapkan oleh Enakmen ini sebagai qarinah dan dibuktikan dengan sewajarnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.