ENAKMEN 19 TAHUN 2014
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (KEDAH DARUL AMAN) 2014

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
Bila Watak menjadi Qarinah



Seksyen 42. Watak buruk dahulu tidaklah qarinah kecuali bagi menjawab

Dalam prosiding jenayah, fakta bahawa orang tertuduh itu berwatak buruk tidaklah qarinah melainkan jika keterangan telah diberikan bahawa dia berwatak baik, dan dalam hal yang demikian fakta itu ialah menjadi qarinah.

Huraian 1 - Seksyen ini tidaklah terpakai bagi kes dalamnya watak buruk mana-mana orang adalah dengan sendirinya suatu fakta persoalan.

Huraian 2 - Sesuatu sabitan yang dahulu adalah relevan sebagai keterangan mengenai watak yang buruk.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.