ENAKMEN 6 TAHUN 2008
ENAKMEN MUFTI DAN FATWA (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN III - JAWATANKUASA FATWA



Seksyen 19. Kuasa Jawatankuasa Fatwa untuk mengeluarkan Fatwa

(1) Tertakluk kepada seksyen 21 Jawatankuasa Fatwa hendaklah—

mengeluarkan suatu fatwa atas apa-apa persoalan yang belum muktamad atau atas apa-apa isu yang berhubung dengan Hukum Syarak.

(2) Jawatankuasa Fatwa hendaklah menimbangkan permintaan oleh mana-mana orang kecuali pada fikirannya masalah yang dibentangkan itu hanya karut atau dengan apa-apa sebab lain yang munasabah yang tidak patut diberi jawapan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.