Enakmen 5 Tahun 2008
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN III - PENDAKWAAN DAN PENGUATKUASAAN



Seksyen 45. Pegawai Penguatkuasa Agama

(1) Majlis boleh melantik daripada kalangan anggota perkhidmatan awam Negeri seorang Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pegawai-Pegawai Penguatkuasa Agama untuk menjalankan penyiasatan kesalahan dan penguatkuasaan di bawah Enakmen ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan terhadap rukun-rukun Agama Islam.

(2) Orang yang, sebelum sahaja seksyen ini berkuat kuasa, memegang jawatan Pegawai Penguatkuasa Agama hendaklah, apabila seksyen ini berkuat kuasa, terus memegang jawatan sebagai Pegawai Penguatkuasa Agama seolah-olah telah dilantik di bawah subseksyen (1).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.