ENAKMEN 4 TAHUN 2005
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 2005

BAHAGIAN II - PEMBUKTIAN
BAB 3 - KETERANGAN DOKUMENTAR
Anggapan tentang dokumen



Seksyen 71. Anggapan tentang penyempurnaan wajar, dsb. dokumen yang tidak dikemukakan

Mahkamah hendaklah menganggap bahawa tiap-tiap dokumen yang telah diminta dan tidak dikemukakan, setelah notis supaya mengemukakannya diberikan di bawah seksyen 53, telah diakusaksi, disetem dan disempurnakan mengikut cara yang dikehendaki oleh undang-undang.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.