Enakmen 5 Tahun 2008
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN IV - KEWANGAN
Baitulmal dan Tatacara Kewangan Majlis



Seksyen 47. Penubuhan Baitulmal

(1) Suatu kumpulan wang bernama Baitulmal adalah dengan ini ditubuhkan.

(2) Baitulmal hendaklah terdiri daripada semua wang dan harta, alih atau tak alih, yang menurut Hukum Syarak atau di bawah Enakmen ini atau peraturan atau kaedah yang dibuat di bawahnya, terakru, atau disumbangkan oleh mana-mana orang, kepada Baitulmal.

(3) Semua wang dan harta dalam Baitulmal hendaklah terletak hak pada Majlis yang hendaklah mentadbirkan semua wang dan harta itu mengikut peraturan yang dibuat di bawah Enakmen ini.

(4) Walau apapun peraturan yang disebut dalam subseksyen (3), mana-mana pelaburan, aset atau kumpulan wang yang terletak hak pada Majlis boleh dijual, dihasilkan dan dilupuskan, dan hasil-hasil daripadanya boleh dilaburkan dari semasa ke semasa dalam apa-apa pelaburan yang dibenarkan oleh mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa bagi pelaburan wang amanah dan Hukum Syarak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.