ENAKMEN 13 TAHUN 2015
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH (II) 1993 (2015)

BAHAGIAN VII - MAHKAMAH



Seksyen 68. Kelayakan untuk menjadi Hakim

Seseorang yang sedang atau pernah memegang jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Malaya atau Sabah dan Sarawak atau Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan atau mana-mana orang juga yang mempunyai kelayakan untuk dilantik menjadi Hakim mana-mana Mahkamah tersebut adalah layak untuk dilantik menjadi hakim; manakala ulama yang layak dilantik menjadi Hakim ialah seorang yang sedang atau pernah memegang jawatan Qadhi Besar atau Ketua Hakim Syarie atau Mufti Kerajaan atau mana-mana orang yang mempunyai kelayakan untuk memegang jawatan tersebut dan dikenali mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang hukum syarak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.