ENAKMEN 13 TAHUN 2015
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH (II) 1993 (2015)

BAHAGIAN I - KESALAHAN-KESALAHAN HUDUD



Seksyen 10. Hukuman hirabah

Mana-mana orang melakukan hirabah hendaklah dihukum dengan hukuman hudud seperti berikut:

(a) dihukum bunuh dan selepas itu disalib, jika mangsa kesalahan itu dibunuh dan hartanya atau harta orang lain yang di bawah jagaannya diambil;

(b) dihukum bunuh sahaja, jika mangsa kesalahan itu dibunuh tetapi tidak ada apa-apa harta yang telah diambil;

(c) dihukum potong tangan kanan dan kaki kirinya, jika harta sahaja yang diambil dengan tidak menyebabkan kematian mangsa atau mencederakannya; tetapi sekiranya harta-harta diambil dan kecederaan dilakukan ke atas mangsanya, maka diyat atau arsy hendaklah dibayar sebagai tambahan kepada hukuman potong tangan dan kaki yang mana jumlah diyat atau arsy itu hendaklah tertakluk kepada apa yang munasabah memandangkan kepada jenis dan keadaan kecederaan yang dilakukan itu sebagaimana yang ditentukan dalam Jadual II,
III dan IV; dan

(d) dipenjarakan selama tempoh yang difikirkan patut oleh Mahkamah yang tidak melebihi lima tahun untuk menjadikan pesalah itu sedar dan kesal, sekiranya ugutan sahaja digunakan dengan tidak mengambil apa-apa harta atau tidak menyebabkan apa-apa kecederaan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.