Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN VI - NIKAH, CHERAI DAN RUJO'



Seksyen 125. Cherai dengan permintaan isteri atau Tebus Talaq.

(1) Sa-orang perempuan yang bernikah boleh-Iah meminta cherai kapada Kadhi mengikut Hukum Shara'.

(2) Di-dalam mana2 perkara sa-umpama itu hendak-lah Kadhi memanggil suami itu di-hadapan-nya dan memereksa sama ada ia izin dengan pencheraian itu. Jika suami itu izin maka hendak-Iah Kadhi, apabila di-bayar belanja2 yang di: tetapkan bagi-nya, menyuroh si-suami melafadzkan cherai itu, mendaftarkan-nya dan mengeluarkan surat keterangan cherai kapada kedua pehak.

(3) Jika suami itu tidak bersetuju dengan percheraian itu dengan izin, tetapi pehak2 itu bersetuju bercherai dengan tebus talaq, sa-telah jumlah bayaran Tebus Talaq di-persetujui oleh pehak2 itu dan apabila di-jelaskan bayaran yang di-tentukan, maka boleh-lah Kadhi atau Kadhi Besar menyuroh si-suami melafadzkan cherai dengan tebus talaq dan mendaftar serta mengeluarkan surat2 keterangan cherai sa-bagaimana yang di-sebutkan tadi.

(4) Jika suami itu tidak bersetuju dengan cherai tebus talaq, maka boleh-lah Kadhi itu melantek Hakam sa-bagai-mana yang di-sharatkan di-dalam fasal 131 Undang2 ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.