Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN VIII - MUALLAF2



Seksyen 146. Kenyataan masok dalam dan keluar dari Islam.

(1) Sa-barang orang Islam yang memasokkan sabarang orang ka-Ugama Islam hendak-lah dengan serta-merta memberi kenyataan kapada Yang di-Pertua dengan keterangan2 yang mustahak. Maka Yang di-Pertua hendaklah mendaftarkan orang2 yang demikian itu sa-bagai orang Islam dan mengeluarkan surat keterangan berkenaan dengan hal itu.

(2) Semua orang Islam ada-lah terikat dengan Undang2 ini, dan sa-kira-nya mana2 orang Islam keluar daripada Ugama Islam maka hendak-lah ia menyatakan kapada Mahkamah akan keputusan-nya itu dan Mahkamah itu hendak-lah mengishtiharkan perkara itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.