ENAKMEN 7 TAHUN 2006
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2006

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Kesahtarafan Anak



Seksyen 113. Kelahiran selepas pengakuan bahawa 'iddah telah tamat

Jika seorang perempuan, yang tidak berkahwin semula, mernbuat satu pengakuan bahawa tempoh 'iddahnya telah tamat, sama ada 'iddah itu adalah oleh sebab kematian atau perceraian, dan perempuan itu kemudiannya melahirkan seorang anak, maka suami perempuan itu tidak boleh disifatkan sebagai bapa anak itu melainkan jika anak itu telah dilahirkan kurang daripada empat tahun qamariah dari tarikh perkahwinan itu dibubarkan oleh sebab kematian suaminya itu atau oleh sebab perceraian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.