Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN V - MASJID



Seksyen 111. Membaiki Masjid dan kawasan-nya.

(1) Tertanggong-Iah kapada Majlis bagi menentukan segala masjid2 di-dalam Negeri ini di-jaga dengan betul dan
baik dan kawasan masjid itu hendak-lah di-jagai dalam keadaan yang berseh. Majlis boleh-Iah memungut wang dan
menggunakan atau mengkuasakan pungutan dan menggunakan wang khas bagi membaiki dan belanja menjaga kebersehan
kawasan masjid atau membayar belanja membaiki masjid dan kawasan-nya daripada kumpulan wang itu.

(2) Tertanggong-Iah kapada jawatan-kuasa masjid memberi tahu Kadhi temp at an jika ada apa2 kerosakan yang patut di-perbaiki dengan segera-nya dan menjalankan serta mengelolakan kerja membaiki masjid itu sa-bagai wakil atau bagi pehak Majlis.

(3) Rupa bangunan masjid2 tiada boleh di-ubah dengan tiada kebenaran yang bertulis daripada Majlis dan Majlis boleh-Iah memerentahkan mana2 jawatan-kuasa masjid menjaga masjid yang di-dalam jagaan-nya di-dalam keadaan yang baik.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.