ENAKMEN 4 TAHUN 2005
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 2005
BAHAGIAN II - PEMBUKTIAN
BAB 3 - KETERANGAN DOKUMENTAR
Seksyen 50. Keterangan sekunder
Keterangan sekunder termasuklah—
(a)
salinan diperakui yang diberikan di bawah peruntukan yang terkandung kemudian daripada ini;
(b) salinan yang dibuat daripada naskah asal melalui proses mekanikal, yang sendirinya mempastikan ketepatan salinan itu, dan juga salinan yang dibandingkan dengan salinan itu;
(c) salinan yang dibuat daripada atau yang dibandingkan dengan naskah asal;
(d)
kaunterpart dokumen terhadap pihak yang tidak menyempurnakannya;
(e)
keterangan lisan mengenai kandungan sesuatu dokumen, yang diberikan oleh seseorang yang telah melihat atau mendengar sendiri dokumen itu atau menganggapinya sendiri dengan apa jua cara.
MISALAN
(a) Fotograf dokumen asal ialah keterangan sekunder mengenai kandungannya, walaupun fotograf dan dokumen asal itu tidak dibandingkan, jika dibuktikan bahawa benda yang telah difotograf itu ialah dokumen asal;
(b)
Salinan yang telah dibandingkan dengan salinan surat yang telah dibuat dengan mesin penyalin ialah keterangan sekunder mengenai kandungan surat itu jika dibuktikan bahawa salinan yang dibuat dengan mesin penyalin itu telah dibuat daripada dokumen asal;
(c) Salinan yang disalin daripada suatu salinan tetapi kemudiannya dibandingkan dengan dokumen asal ialah keterangan sekunder, tetapi salinan yang tidak dibandingkan sedemikian itu bukanlah keterangan sekunder mengenai dokumen asal, walaupun salinan yang daripadanya ia disalin telah dibandingkan dengan dokumen asal.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.