ENAKMEN 11 TAHUN 1998
ENAKMEN PERBADANAN BAITULMAL 1998
BAHAGIAN II - PERBADANAN BAITULMAL
Seksyen 10. Tugas dan kuasa Perbadanan.
(1) Adalah menjadi tugas Perbadanan membelanjakan atau menggunakan wang dan harta yang diperolehi bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan dan menyelenggarakan pembangunan ekonomi, sosial dan kebajikan orang-orang Islam di dalam Negeri Sabah mengikut Hukum Syarak.
(2) (a) Bagi maksud subseksyen (1), hendaklah ditubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa yang bersesuaian untuk mengawasi pengurusan hal ehwal Perbadanan bagi memastikan bahawa ianya tidak melibatkan perkara yang bercanggah dengan Hukum Syarak.
(b) Perbadanan hendaklah membuat peraturan yang berhubung denganjawatankuasa-jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).
(3) Perbadanan adalah berkuasa -
(a) (i) menjalankan dan melaksanakan apa-apa polisi yang dibentuk oleh Majlis;
(ii) mengurus dan mengendalikan harta pusaka orang-orang Islam yang telah meninggal dunia:
(iii) men gurus hal ehwal yang berhubung dengan pengurusan wakaf dan wasiat:
(iv) merancang dan melaksanakan apa-apa projek ekonomi atau kebajikan berkaitan dengan harta atau kewangan Baitulmal yang terakru:
(v) menerima, mengendali dan menggunakan apa-apa harta atau wang amanah, sedekah, hebah, derma, simpanan, pinjaman dan sebagainya;
(vi) membahagi, membelanja, mengguna atau dengan apa jua cara, wang Baitulmal mengikut kelulusan yang diberikan oleh Majlis; dan
(vii) melakukan apa-apa perkara lain berhubung dengan urusan-urusan Baitulmal;
Harta Pusaka
(b) (i) menyiasat waris-waris simati;
(ii) membuat pembahagian dengan cara faraidh kepada waris-waris simati;
(iii) menyiasat harta yang dirizabkan kepada Baitulmal hasil dari baki pembahagian harta pusaka:
(iv) mengurus dan mengendalikan penebusan harta oleh waris atau zawil arham;
(v) merancang projek, mengembangkan dah meningkatkan harta Baitulmal;
(vi) menyiasat apa-apa harta yang tidak berwaris dan mana-mana harta yang tidak dituntut oleh mana-mana waris;
Harta Wakaf
(c) (i) menentukan kedudukan harta wakaf sama ada harta alih atau tak alih di dalarn Negeti Sabali yang belum direkodkan dengan sernpurna;
(ii) menentukan jenis wakaf sama ada am atau khas;
(iii) mengendalikan harta yang diwakafkan itu mengikut niat pewakafnya;
(iv) merancang dan membangunkan projek yang perlu di atas tanah wakaf;
(v) memberikan penerangan dan menjalankan kempen untuk menggalakkan orang-orang Islam berwakaf;
Tanggungjawab
(d) (i)dari semasa ke semasa mengambil dan mengumpul maklumat berhubung dengaI! perkembangan pelaburan saham di mana Baitulmal boleh melabur;
(ii) menyediakan apa-apa laporan dan cadangan tentang pelaburan saham untuk tindakan Perbadanan atau Jawatankuasa Baitulmal;
(iii) menyimpan suatu rekod terkini tentang naik turun saham yang terlibat;
(iv) mendapatkan maklumat dan mencari sumber-sumber tawaran penjualan mana-mana tanah atau bangunan;
(v) menyediakan kertas kerja tentang pembelian tanah, bangunan dan harta lain;
(vi) merancang projek ke atas harta yang dibeli khasnya tanah;
(vii) menjalankan kerja penyeliaan dan pengawasan seperti penyelenggaraan, penyewaan dan sebagainya ke atas harta, tanah dan bangunan yang dibeli oleh Baitulmal;
Pembangunan Tanah Wakaf
(e) (i) mengawasi, mengawal dan merekodkan tanah wakaf yang sedia ada di Negeri Sabah untuk tujuan pembangunan;
(ii) membuat kajian dan merancang projek di atas tanah wakaf tersebut;
(iii) menyediakan kertas projek ke atas tanah wakaf tersebut; dan
(iv) menjalankan penyelidikan dan merancang projek wakaf yang sesuai dilaksanakan oleh Baitulmal untuk kepentingan Baitulmal, termasuk aktiviti perusahaan dan perindustrian, dan menyediakan kertas-kertas kerja yang relevan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.