ENAKMEN 13 TAHUN 2015
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH (II) 1993 (2015)

BAHAGIAN III - KETERANGAN



Seksyen 40. Bilangan saksi

(1) Bilangan saksi yang dikehendaki untuk membuktikan semua kesalahan di bawah Kanun ini kecuali zina dan liwat, hendaklah tidak kurang daripada dua orang saksi dengan mengambil kira kehendakkehendak tazkiyyah-al-shuhud.

(2) Bilangan saksi yang dikehendaki untuk membuktikan kesalahan zina dan liwat hendaklah tidak kurang daripada empat orang saksi dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyyah-al-shuhud.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.