ORDINAN 42 TAHUN 2001
ORDINAN MAHKAMAH SYARIAH, 2001
BAHAGIAN II - MAHKAMAH SYARIAH
Penubuhan dan Bidang Kuasa
Seksyen 10. Bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah.
(1) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa di seluruh Negeri dan hendaklah diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.
(2) Walau apa pun subseksyen (1), Ketua Hakim Syarie boleh bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan mengetuai Mahkamah itu.
(3) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah -
(
a
) dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang Islam dan boleh dihukum di bawah Ordinan Majlis Islam Sarawak, 2001[
Bab. 41
], Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam, 2001[
bab 43
] atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang sedang berkuat kuasa yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam, dan boleh mengenakan apa-apa hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan-kesalahan itu; dan
(
b
) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau prosiding itu adalah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu adalah berhubungn dengan -
(i) pertunangan, perkahwinan,
ruju'
, perceraian, pembubaran perkahwinan (
fasakh
),
nusyuz
, atau pemisahan kehakiman (
faraq
) atau apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan perhubungan antara suami isteri;
(ii) apa-apa pelupusan atau tuntutan harta yang berbangkit daripada mana-mana perkara yang dinyatakan dalam subperenggan (i);
(iii) nafkah orang-orang tanggungan, kesahtarafan , atau penjagaan atau jagaan (
hadanah
) budak-budak;
(iv) pembahagian atau tuntutan kepada harta sepencarian;
(v) wasiat atau alang semasa
marad-al-maut
seseorang si mati yang beragama Islam;
(vi) alang semasa hidup (
hibbah
), atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan yang memadai dengan wang atau nilaian wang oleh seseorang orang Islam;
(vii) wakaf atau nazr;
(viii) pembahagian dan pewarisan harta berwasiat atau tak berwasiat;
(ix) penentuan tentang orang-orang yang berhak kepada bahagian harta pusaka seseorang si mati yang beragama Islam atau tentang bahagian-bahagiannya yang orang-orang itu masing-masing berhak dapat; atau
(x) perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya bidang kuasa diberikan oleh mana-mana undang-undang bertulis.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.