ORDINAN 42 TAHUN 2001
ORDINAN MAHKAMAH SYARIAH, 2001
BAHAGIAN II - MAHKAMAH SYARIAH
Penubuhan dan Bidang Kuasa
Seksyen 3. Penubuhan Mahkamah Syariah.
(1) Yang di-Pertua Negeri boleh, atas syor Majlis, melalui pemberitahuan dalam
Warta
, membentuk Mahkamah-Mahkamah Rendah Syariah bagi Negeri di mana-mana tempat yang difikirkannya patut.
(2) Yang di-Pertua Negeri boleh, atas syor Majlis, melalui pemberitahuan dalam
Warta
, membentuk suatu Mahkamah Tinggi Syariah bagi Negeri.
(3)
Yang di-Pertua Negeri boleh, atas syor Majlis, melalui pemberitahuan dalam
Warta
, membentuk suatu Mahkamah Rayuan Syariah bagi Negeri.
(4) Yang di-Pertua Negeri boleh, atas syor Ketua Hakim Syarie, menetapkan secara bertulis suatu kod etika yang mesti dipatuhi oleh Ketua Hakim Syarie dan semua Hakim Mahkamah Syariah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.