ENAKMEN 11 TAHUN 1998
ENAKMEN PERBADANAN BAITULMAL 1998

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN PELBAGAI



Seksyen 30. Meterai Perbadanan.

(1) Meterai Perbadanan hendaklah mengandungi rekabentuk yang diluluskan oleh Perbadanan dengan persetujuan Menteri, dan boleh dari semasa ke semasa ditukar, diubah dan dibuat baru oleh Perbadanan.

(2) Meterai yang digunakan oleh Perbadanan sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah terus menjadi meterai perbadanan melainkan jika dan sehingga suatu meterai lain diluluskan oleh Perbadanan.

(3) Meterai Perbadanan hendaklah disimpan dalam jagaan dan hendaklah diperakui oleh orang yang diberikuasa oleh Perbadanan.

(4) Semua surat ikatan, dokumen dan suratcara lain yang berupa sebagai telah dimeterai dengan meterai Perbadanan dan diperakui oleh orang yang menyimpan meterai itu dalam jagaannya hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai telah disempurnakan dengan sah.

(5) Meterai Perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi kehakiman.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.